Monday 4 June 2018

PROSEDUR IMPORT DAN EKSPORT/ IMPORT EKSPORT PROCEDURE IN MALAYSIA


Tempat Import dan Eksport

Barang-barang boleh diimport atau dieksport melalui jalan darat, udara atau laut tetapi hanya di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

Borang Pengakuan

Semua barang yang dimport atau dieksport sama ada berduti import/eksport atau tidak, mesti ikrar secara bertulis dalam borang yang ditetapkan.  Borang Kastam 1 untuk barangan import dan Borang Kastam 2 untuk barangan eksport.

Borang Pengakuan hendaklah diisi dengan penuh dan lengkap serta memberikan maklumat yang benar berkaitan dengan perihal bilangan dan keterangan bungkusan-bungkusan/peti-peti, keterangan mengenai nilai, berat, ukuran, kuantiti dan jenis barang-barang.  Adalah perlu dinyatakan Negara tempasal barang-barang import.  Begitu juga barang-barang yang dieksport perlu dinyatakan negeri penghantaran yang akhir.  Borang-borang kasam yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam di pelabuhan barang-barang itu akan diimport atau dieksport.

Ejen Kastam
Di bawah proviso Akta Kastam 1967 pengimport-pengimport dan pengeksport-pengeskport dibenarkan melantik mana-mana ajen untuk bertindak bagi pihak mereka dengan syarat ejen-ejen berkenaan telah dahulu memperolehi kelulusan dari Ketua Pengarah Kastam untuk kerjakerja pelepasan kastam.  Permohonan perlantikan ejen-ejen yang sah hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam di pelabuhan barang-barang itu akan diimport atau dieksport.  Kelulusan berasingan tidak perlu diperolehi untuk mengendalikan kerja-kerja pelepasan keastam bagi tiap-tiap satu stesen kastam.  Misalnya kelulusan yang diberi untuk mengendalikan kerja-kerja pelepasan kastam di Johor Bahru bermakna kelulusan itu boleh digunakan di semua stesen-stesen kastam di Negara ini dengan syarat Pengarah Kastam Negeri dimaklumkan.
 
Duti-Duti

Semua duti/cukai kastam yang kenakan atas barang-barang yang diimport hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum barang-barang itu boleh dilepaskan.  Semua duti eeksort yang dikenakan hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum barang-barang itu dibenarkan untuk dieksport.

Duti –duti yang dilevikan ke atas mana-mana barang yang diimport ke Negara ini adalah terdiri dari:

(i)                  Duti Kastam
(ii)                Cukai Jualan
(iii)        Duti Eksais

Place on Import and Export

Goods may be imported or exported by land, air or sea only at prescribed places (as shown in) the First Schedule to the Customs Regulations 1977.

Declaration

All goods to be imported or exported whether or not subject to import/export duties must be declared in writing on prescribed forms.  Customs Form No. 1 is for goods to be imported and Customs Form No. 2 is for goods to be exported, the final destination.

All declaration should indicate full and true account of the number ad description of packages, of the description, value, weight, measure or quantity of all such goods.  In the case of goods to be imported, the country of origin should be clearly stated and in the case of goods to be exported, the final destination.

Declaration must be submitted to the Customs station at the place where the goods are to be imported/exported.

Customs Agents

The Customs Act provides for importers/exporters to appoint agents to act on their behalf.  Only agents who have been approved by the Director General of Customs can be appointed for this purpose.  Approval from this Department is necessary for agents to act on behalf of any importer/exporter.  Applications to appoint approved agents must be made to the Customs station where the goods are to be imported exported.  Separate approvals are not needed where agents are to be used for importation/exportation at different place e.g approval to use the services or a agent in Johor Bahru allows the agent to act on behalf or an importer/exporter at Port Klang.

Duties

Where duties are applicable on imported goods all relevant duties must be paid before such goods can be released for consumption.  Where export duties are leviable such duties must be paid before goods are allowed to be exported.

The following types of duties are leviable on goods imported into this country:


                (i)           Customs duties
                (ii)          Sales tax
                (iii)         Excise Duties







Friday 1 June 2018

DEFINISI DUTI KASTAM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Duti kastam adakah tuan puan tahu apa yang dimaksudkan oleh duti kastam?
Adakah perkara ini ada diajar di institusi pengajian tinggi?


Saya merupakan graduan bagi perniagaan antarabangsa. Walau bagaimanapun tidak sekali saya diterangkan apa itu duti kastam dalam konteks di Malaysia. Untuk makluman tuan puan maksud Duti Kastam ini amat penting bagi peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan antarabangsa atau ini mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Duti Kastam bermaksud mana-mana duti import, duti eksport, cukai tokok, surcaj atau ses yang dikenakan oleh atau di bawah Akta Kastam 1967, mana-mana duti timbal balas  atau duti anti lambakan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993, mana-mana duti pelingdung yang dikenakan royalti yang kena dibayar sebagai ganti duti eksport di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau sesuatu kontrak, pajakan atau perjanjian kepada mana-mana Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri merupakan satu pihak atau kepada mana kerajaan yang sedemikian telah memberi persetujuan.



PENGENALAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, syukur kepada Allah akhirnya saya mampu untuk menulis  blog ini.

Blog ini adalah bertujuan membantu masyarakat Malaysia untuk lebih memahami perkara-perkara yang mereka perlu ketahui untuk menjalankan aktiviti import dan eksport. Saya berharap dengan adanya blog ini dapat memberikan gambaran dan membantu peniaga-peniaga diluar sana yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.

Rasanya cukup sekadar ini pendahuluan saya setakat kali ini.